Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, January 30, 2011

~Garisan panjang~







Dalam satu perlawanan silat,seorang juara silat yang penuh dengan keyakinan telah bertemu dengan salah seorang pesilat yang handal.Dalam perlawanan tersebut masing-masing menunjukkan kehebatan mereka.Keadaan semakin buruk apabila juara silat tersebut sering tersungkur di medan perlawanan.




Akhirnya,pesilat yang handal tersebut telah menewaskan juara silat yang merupakan lawannya.Dia berjaya merampas piala yang dipertandingkan.




Kemudian,juara silat tersebut pulang ke kampung untuk bertemu dengan gurunya.Dia telah menunjukkan segala corak permainannya di hadapan gurunya dengan harapan gurunya dapat memberi tunjuk ajar kepadanya.






Setelah itu,gurunya tersenyum lalu melakarkan satu garisan di atas tanah dan memintanya memendekkan  garisan tersebut tanpa mengubah saiz  garisan yang sedia ada.




Selepas sekian lama mencuba,akhirnya pesilat tersebut meminta gurunya memberi penyelesaian.Dengan mudah gurunya telah melakar satu lagi garisan yang lebih panjang daripada garisan yang asal.




Gurunya berkata "kemenangan tidak semestinya bergantung kepada taktik dan corak penyerang pihak lawan tetapi selagi kita memperkuat dan memperkukuhkan diri sendiri, maka pihak lawan akan menjadi lemah.








Jadi selagi kita mempertigkatkan diri maka kita semakin menghampiri kejayaan.
Semua benda yang kita lalui pasti ada rintangan dan cabaran tak kira kecil ataupun besar dan hadapilah cabaran tersebut dengan sikap positif.




4 comments:

zikrulmaut said...

setiap manusia akan diuji dgn pelbgai cabaran, ttp apa yg penting & membezakan kita adalah bagaimana kita manghadapi cabaran itu...

bersifat positif dlm setiap perkara..

~hAmbA ILAHI~ said...

btul tu..
hadapinya dgn sifat positif..^^

~H.u.r a.L 'a.i.N~ said...

jd kesimpulannya jom msk silat..!!
hehe..

~hAmbA ILAHI~ said...

jom kte amik koko silat plak pasni...hehe