Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, August 21, 2011

RamaDHan KarEEm

Bismillahirahmanirrahim....

Segala puji bagi ALLAH,tuhan semestar alam..
Alhamdulillah..sehingga saat ini kita masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat pemberianNya.Tidak terhitung betapa banyaknya nikmat yang kita dapat.


Hari berganti hari,tanpa disedari Ramadhan hanya lagi berbaki kurang 10 hari lagi.Terasa sekejap sahaja bulan Ramadhan berlalu.Marilah sama-sama kita berusaha memaximumkan untuk beribadah kepadaNya.






Let's increase the good deeds from now and try to be consistent in a truth path.
(pesanan untuk diri sendiri)
Salam Ramadhan Kareem..segalanya bermula disini..



Thursday, May 26, 2011

Saturday, May 21, 2011





“eh kamu, kamu nak jadi tak AJK …… untuk program ni”

“haaah..(dgn nada terkjut +gaya skali)

“emm,tapi boleh je” kata saya. (berfikir jap)

tiba2 terfikir ,mampu ke nak handle benda ni.

“tapi macam mana perlu buat.apa tugas nya”

“cer citer” tambah saya lagi.

“owh..kamu perlu pastikan time tu sume perlu berjalan lancar” celotehnya

“kamu anggaplah program tu korang punya”

Saya mencelah lagi “eh,mcam tu”.


Tpi sebenarnya kurang faham lagi time ni,tp selepas dberi pnerangan bgitu bgini barulah faham..
Masa ni tak confirm nk jadi ke tak.






(keesokan harinya)

“hari rabu ni ada meeting tau”

“kte dah jdi AJK …. Ke??” kata saya. (skali lgi dgn nada t’kjut)

“ a’ah..kte dah msukkan nama dh”

“biar btol”..


Mungkin ini satu stepping stone untuk aku jd lebih yakin.
Ya.. yakin pd diri sendiri..insyaAllah..
Mula melangkah ke daerah yang baru..


Friday, March 18, 2011

 ~PATAH HATI~


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

Sunday, January 30, 2011

~Garisan panjang~







Dalam satu perlawanan silat,seorang juara silat yang penuh dengan keyakinan telah bertemu dengan salah seorang pesilat yang handal.Dalam perlawanan tersebut masing-masing menunjukkan kehebatan mereka.Keadaan semakin buruk apabila juara silat tersebut sering tersungkur di medan perlawanan.




Akhirnya,pesilat yang handal tersebut telah menewaskan juara silat yang merupakan lawannya.Dia berjaya merampas piala yang dipertandingkan.




Kemudian,juara silat tersebut pulang ke kampung untuk bertemu dengan gurunya.Dia telah menunjukkan segala corak permainannya di hadapan gurunya dengan harapan gurunya dapat memberi tunjuk ajar kepadanya.






Setelah itu,gurunya tersenyum lalu melakarkan satu garisan di atas tanah dan memintanya memendekkan  garisan tersebut tanpa mengubah saiz  garisan yang sedia ada.




Selepas sekian lama mencuba,akhirnya pesilat tersebut meminta gurunya memberi penyelesaian.Dengan mudah gurunya telah melakar satu lagi garisan yang lebih panjang daripada garisan yang asal.




Gurunya berkata "kemenangan tidak semestinya bergantung kepada taktik dan corak penyerang pihak lawan tetapi selagi kita memperkuat dan memperkukuhkan diri sendiri, maka pihak lawan akan menjadi lemah.








Jadi selagi kita mempertigkatkan diri maka kita semakin menghampiri kejayaan.
Semua benda yang kita lalui pasti ada rintangan dan cabaran tak kira kecil ataupun besar dan hadapilah cabaran tersebut dengan sikap positif.




Sunday, January 16, 2011

~ Soal akal dan hati ~



Sekadar peringatan bersama . . .

Baru-baru ini,saya telah mengikuti satu program yang cukup memberi banyak maanfaat.Dalam program tersebut ,saya tertarik dengan tajuk   ‘akal dan hati’.Walaupun nampak simple tapi input yang disampaikan 
sangat memberi kesan yang membuatkan kita terfikir semula dengan apa yang kita lakukan sebelum ini.




Adakah sebelum ini kita hanya  menggunakan akal? atau hati untuk memahami sesuatu perkara?ataupun menggunakan kedua-duanya?renung-renungkan.. Pada hakikatnya hatilah yang menentukan kefahaman seseorang bukannya akal fikiran kita.Saat kita menghayati dengan hati indirectly akan memberi kesan dalam kehidupan kita.         




                                     
                                          






Sebagai contoh,seseorang yang membaca novel lebih menghayati apa yang dibaca dngan menggunakan hati.Maka dari situ timbul perasaan sedih,lucu,tidak puas hati dan lain-lain. 






Lain pula halnya dengan buku akademik,apabila kita membaca buku accounting sebagai contoh secara tidak langsung kita menggunakan akal fikiran untuk berfikir dan menyelesaikan masalah .Bukannya menggunakan hati kita untuk menghayati subjek tersebut.Begitulah jua dengan Al-Quran,sepatutnya kita menghayati dengan hati . . .sama-samalah kita berusaha.





                     
 “dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi)tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Alllah),dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat denggannya (ajaran dan nasihat) ;mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi ;mereka itulah orang-orang yang lalai.” (surah Al-A’raf 7:179)